Thursday, 6 June 2013

Basikal Tanpa Rantai Yang Sangat Moden Dan Canggih


Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih.


Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible.
Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal. Why always iphone?

KERUSI DAN MEJA UNTUK GEEK DAN GAMERS SEBENAR


Emperor LX boleh menampatkan 3 monitor LCD 24" pada satu-satu masa. Ia juga mempunyai meja untuk komputer riba dan tablet. Selain daripada itu Emperor LX juga dilengkapi sistem audio berkualiti tinggi BOSE dan kerusi diperbuat daripada kulit. Ketinggian dan posisi tempat duduk boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna. Jika berminat anda hanya perlu membayar USD 21 500 (RM 66 5000) sebuah.


Tuesday, 21 May 2013

Sekitar Set Filem Star Wars Yang Telah Dibiarkan Di Tunisia


Seorang jurugambar New York, Ra di Martino telah menemui set tiga filem Star Wars yang terbiar di Tunisia melalui Google Maps. Dia dengan hanya bantuan google maps beliau telah terbang ke Tunisia dan mencari set filem ini. Gambar di bawah adalah hasil jelajahnya. 


MUZIUM KERETAPI SCMAGLEV AND RAILWAY PARK DI NAGOYA


Muzium Keretapi SCMaglev and Railway Parkyang terletak di Nagoya Jepun. Muzium ini dikendalikan oleh syarikat keretapi Central Japan Railway Company dan dibuka sejak 14 Mac 2011. Muzium ini mempunyai koleksi kesemua keretapi yang pernah digunakan oleh syarikat Central Japan Railway Company termasuk kesemua keretapi peluru Shinkansen. Anda juga boleh menaiki simulator keretapi dan melihat teknologi disebalik pengendalian keretapi dulu dan sekarang. 


Sunday, 19 May 2013

Gerhana 'Ring OF Fire' Di Australia


Gerhana 'Ring Of Fire' adalah antara gerhana semulajadi yang jarang berlaku. Baru-baru ini pada 10 Mei 2013 yang lepas, gerhana ini telah terjadi di Pasifik Selatan serta Australia di mana bulan akan ditutupi sehingga 95% dan menghasilkan bentuk lilitan. Gerhana ini dijangka berlaku 22 tahun sekali. 





Saturday, 18 May 2013

Oasis Berusia 2000 Tahun Yang Hampir Lenyap Ditelan Pasir


Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.

Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir. Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006.

Thursday, 16 May 2013

BANGUNAN MESRA ALAM DI PUTRAJAYA


Tahukah anda di Putrajaya terdapat sebuah bangunan mesra alam yang menerima pengiktarafan sebagai bangunan paling mesra alam di ASEAN? Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang diberi nama Bangunan Berlianmenerima anugerah tertinggi platinum kerana menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. Ianya direka oleh firma arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun2009. Sebanyak 10 peratus keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak pada bahagian bumbung. 

Sebanyak 80 peratus keperluan air pula diperolehi dengan mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula terdapat taman hijau yang membekalkan oksigen. Selain daripada itu atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi kedalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan penyejukan dapat dijimatkan. 



OWSOME!