Tahukah anda di Putrajaya terdapat sebuah
bangunan mesra alam yang menerima pengiktarafan sebagai bangunan paling
mesra alam di ASEAN? Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang diberi
nama Bangunan Berlianmenerima anugerah tertinggi platinum kerana
menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. Ianya direka oleh firma
arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun2009. Sebanyak 10 peratus
keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang
terletak pada bahagian bumbung.
Sebanyak 80 peratus keperluan air pula
diperolehi dengan mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula
terdapat taman hijau yang membekalkan oksigen. Selain daripada itu
atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi
kedalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan
penyejukan dapat dijimatkan.
OWSOME!

No comments:
Post a Comment