Setelah melakukan kajian selama
berabad-abad, para sejarawan dan ahli arkeologi mungkin telah melupakan
tentang misteri taman yang satu ini. Tetapi secara mengejut, baru-baru
ini misteri taman tergantung Babylon kembali diperkatakan.
Seorang sejarawan terkemuka Oxford mengatakan bahawa taman tergantung
dongeng itu yang merupakan salah satu dari 7 keajaiban kuno, tidak
dibangunkan di Hillah oleh Raja Nebukadnezar dan bahkan taman ini tidak
berada di Babel, Iraq, seperti pendapat kebanyakan pakar sejarah.
Dr Stephany Dalley dari University Oriental Institute Oxford mengatakan
bahawataman tergantung dongeng ini berada 300 km utara Nimiwe, saingan
Babel oleh penguasa Sanherib Asyur.
Dia pertama kali mengajukan usulan tersebut pada tahun 1992 dan telah
menghabiskan 20 tahun mengkaji misteri ini, lapor The Independent.
Terdapat empat komponen kunci dari teori Dr Dalley, yang akan dihuraikan
dalam buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Ketika beliau mempelajari deskripsi sejarahnya, Dr Dalley menemui satu
relief abad kesembilan belas dari istana Sanherib di Niniwe menunjukkan
pohon yang tumbuh di barisan tiang beratap persis seperti yang
dijelaskan oleh pendapat awal.
Kedua, Niniwe, ibukota Asyur, dikenali sebagai 'New Babel' ketika Asyur
menakluk Babel pada tahun 689 SM, pada kenyataannya sejumlah tempat di
kawasan tersebut dikenali dengan nama 'Babel'.
Dia juga menemui gerbang Niniwe diberi nama untuk mereka secara
tradisional kemudian digunakan untuk gerbang kota Babel setelah misi
penaklukkan mereka berjaya.
Ketiga, penilaian geografi menemui tanah datar di sekitar Babel yang
secara teorinya adalah mustahil untuk mengalirkan air ke Taman
Tergantung itu.
Akhirnya dia percaya bahawa deskripsi klasik asli dari Hanging Gardens
yang ditulis oleh sejarawan yang benar-benar mengunjungi wilayah
Nineveh, termasuk dari Alexander The Great yang tenteranya berkhemah di
kota berdekatan pada 331BC, dekat dengan salah satu saluran air besar.
Dr Dalley sekarang percaya untuk lokasi sebenarnya Taman Tergantung itu.
Dia berkata "Ini dilakukan selama bertahun-tahun untuk menemui bukti
bagi menunjukkan bahawa taman beserta sistem yang terkait didalamnya
dari saluran air, terusan ternyata dibangun oleh Sanherib di Niniwe,
bukan Nebukadnezar di Babel.
"Ini adalah untuk pertama kalinya bukti dapat ditunjukkan dengan jelas bahawa Taman Tergantung ini benar-benar wujud."
Misteri Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babilon adalah salah satu dari 7 Keajaiban Dunia Kuno
dan satu-satunya mungkin legenda sebenar yang masih wujud.
Penemu pertama menyatakan taman ini dibangunkan di kota kuno Babel, dekat Hillah, wilayah Babil, di Iraq.
Taman ini dikaitkan dengan Neo-Babel, Raja Nebukadnezar II yang
memerintah antara 605 dan 562 SM. Dikatakan bahawa sang Raja
membangunkan taman ini untuk mengenbirakan isterinya Amytis. Taman itu
dikatakan dipenuhi dengan pohon pinus dan tanaman tanah serta saluran
air.
Tidak diketahui apa yang terjadi pada Taman Tergantung tersebut.
Beberapa teori menyebutkan kebun itu diratakan oleh gempa bumi yang
dasyat.
Taman Tergantung Babilon didokumentasikan oleh para penulis Yunani dan
Romawi kuno, termasuk Strabo, Diodorus Siculus dan Quintus Curtius
Rufus.
Josephus sejarawan Rom-Yahudi menggambarkannya "Di istana ini, dia
(Nebukadnezar) mendirikan bangunan yang sangat tinggi, didukung oleh
asas batu dan dengan menanam apa yang disebut syurga pensile dan mengisi
dengan pelbagai jenis tumbuhan.
Namun tidak ada bukti arkeologi definitif mengenai kewujudan taman ini yang dapat ditemui.
No comments:
Post a Comment