Pemerintah China berusaha untuk
menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam
kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.
Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu
kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir. Kawasan oasis
itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan
sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum
pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik
tersebut pada tahun 2006.
No comments:
Post a Comment