Tuesday, 21 May 2013

Sekitar Set Filem Star Wars Yang Telah Dibiarkan Di Tunisia


Seorang jurugambar New York, Ra di Martino telah menemui set tiga filem Star Wars yang terbiar di Tunisia melalui Google Maps. Dia dengan hanya bantuan google maps beliau telah terbang ke Tunisia dan mencari set filem ini. Gambar di bawah adalah hasil jelajahnya. 


MUZIUM KERETAPI SCMAGLEV AND RAILWAY PARK DI NAGOYA


Muzium Keretapi SCMaglev and Railway Parkyang terletak di Nagoya Jepun. Muzium ini dikendalikan oleh syarikat keretapi Central Japan Railway Company dan dibuka sejak 14 Mac 2011. Muzium ini mempunyai koleksi kesemua keretapi yang pernah digunakan oleh syarikat Central Japan Railway Company termasuk kesemua keretapi peluru Shinkansen. Anda juga boleh menaiki simulator keretapi dan melihat teknologi disebalik pengendalian keretapi dulu dan sekarang. 


Sunday, 19 May 2013

Gerhana 'Ring OF Fire' Di Australia


Gerhana 'Ring Of Fire' adalah antara gerhana semulajadi yang jarang berlaku. Baru-baru ini pada 10 Mei 2013 yang lepas, gerhana ini telah terjadi di Pasifik Selatan serta Australia di mana bulan akan ditutupi sehingga 95% dan menghasilkan bentuk lilitan. Gerhana ini dijangka berlaku 22 tahun sekali. 





Saturday, 18 May 2013

Oasis Berusia 2000 Tahun Yang Hampir Lenyap Ditelan Pasir


Pemerintah China berusaha untuk menyelamatkan sebuah oasis yang berusia 2,000 tahun yang terletak enam kilometer dari bandar Dunhuang, selatan China.

Oasis yang merupakan kawasan berair di sebuah kawasan padang pasir itu kini dalam bahaya kerana ia boleh ditimbus dengan pasir. Kawasan oasis itu dikenali sebagai Tasik Bulan Sabit kerana bentuknya seperti bulan sabit.
Paras air di kawasan berkenaan surut sejak beberapa dekad lalu sebelum pihak pentadbiran tempatan mula bertindak memasukkan air ke dalam tasik tersebut pada tahun 2006.

Thursday, 16 May 2013

BANGUNAN MESRA ALAM DI PUTRAJAYA


Tahukah anda di Putrajaya terdapat sebuah bangunan mesra alam yang menerima pengiktarafan sebagai bangunan paling mesra alam di ASEAN? Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang diberi nama Bangunan Berlianmenerima anugerah tertinggi platinum kerana menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. Ianya direka oleh firma arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun2009. Sebanyak 10 peratus keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak pada bahagian bumbung. 

Sebanyak 80 peratus keperluan air pula diperolehi dengan mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula terdapat taman hijau yang membekalkan oksigen. Selain daripada itu atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi kedalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan penyejukan dapat dijimatkan. 



OWSOME!


Monday, 13 May 2013

Lokasi Terkini Taman Tergantung Babylon Adalah Di Iraq?


Setelah melakukan kajian selama berabad-abad, para sejarawan dan ahli arkeologi mungkin telah melupakan tentang misteri taman yang satu ini. Tetapi secara mengejut, baru-baru ini misteri taman tergantung Babylon kembali diperkatakan.


Seorang sejarawan terkemuka Oxford mengatakan bahawa taman tergantung dongeng itu yang merupakan salah satu dari 7 keajaiban kuno, tidak dibangunkan di Hillah oleh Raja Nebukadnezar dan bahkan taman ini tidak berada di Babel, Iraq, seperti pendapat kebanyakan pakar sejarah.
Dr Stephany Dalley dari University Oriental Institute Oxford mengatakan bahawataman tergantung dongeng ini berada 300 km utara Nimiwe, saingan Babel oleh penguasa Sanherib Asyur.
Dia pertama kali mengajukan usulan tersebut pada tahun 1992 dan telah menghabiskan 20 tahun mengkaji misteri ini, lapor The Independent. Terdapat empat komponen kunci dari teori Dr Dalley, yang akan dihuraikan dalam buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Ketika beliau mempelajari deskripsi sejarahnya, Dr Dalley menemui satu relief abad kesembilan belas dari istana Sanherib di Niniwe menunjukkan pohon yang tumbuh di barisan tiang beratap persis seperti yang dijelaskan oleh pendapat awal.
Kedua, Niniwe, ibukota Asyur, dikenali sebagai 'New Babel' ketika Asyur menakluk Babel pada tahun 689 SM, pada kenyataannya sejumlah tempat di kawasan tersebut dikenali dengan nama 'Babel'.
Dia juga menemui gerbang Niniwe diberi nama untuk mereka secara tradisional kemudian digunakan untuk gerbang kota Babel setelah misi penaklukkan mereka berjaya.
Ketiga, penilaian geografi menemui tanah datar di sekitar Babel yang secara teorinya adalah mustahil untuk mengalirkan air ke Taman Tergantung itu.
Akhirnya dia percaya bahawa deskripsi klasik asli dari Hanging Gardens yang ditulis oleh sejarawan yang benar-benar mengunjungi wilayah Nineveh, termasuk dari Alexander The Great yang tenteranya berkhemah di kota berdekatan pada 331BC, dekat dengan salah satu saluran air besar. Dr Dalley sekarang percaya untuk lokasi sebenarnya Taman Tergantung itu.
Dia berkata "Ini dilakukan selama bertahun-tahun untuk menemui bukti bagi menunjukkan bahawa taman beserta sistem yang terkait didalamnya dari saluran air, terusan ternyata dibangun oleh Sanherib di Niniwe, bukan Nebukadnezar di Babel.
"Ini adalah untuk pertama kalinya bukti dapat ditunjukkan dengan jelas bahawa Taman Tergantung ini benar-benar wujud."
Misteri Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babilon adalah salah satu dari 7 Keajaiban Dunia Kuno dan satu-satunya mungkin legenda sebenar yang masih wujud.
Penemu pertama menyatakan taman ini dibangunkan di kota kuno Babel, dekat Hillah, wilayah Babil, di Iraq.
Taman ini dikaitkan dengan Neo-Babel, Raja Nebukadnezar II yang memerintah antara 605 dan 562 SM. Dikatakan bahawa sang Raja membangunkan taman ini untuk mengenbirakan isterinya Amytis. Taman itu dikatakan dipenuhi dengan pohon pinus dan tanaman tanah serta saluran air.
Tidak diketahui apa yang terjadi pada Taman Tergantung tersebut. Beberapa teori menyebutkan kebun itu diratakan oleh gempa bumi yang dasyat.
Taman Tergantung Babilon didokumentasikan oleh para penulis Yunani dan Romawi kuno, termasuk Strabo, Diodorus Siculus dan Quintus Curtius Rufus.
Josephus sejarawan Rom-Yahudi menggambarkannya "Di istana ini, dia (Nebukadnezar) mendirikan bangunan yang sangat tinggi, didukung oleh asas batu dan dengan menanam apa yang disebut syurga pensile dan mengisi dengan pelbagai jenis tumbuhan.
Namun tidak ada bukti arkeologi definitif mengenai kewujudan taman ini yang dapat ditemui.

Sunday, 12 May 2013

VOLKSWAGEN DESIGN VISION GTI


Sejak muncul pada tahun 1974, Volkswagen GTI adalah paragon kepada kereta kompak berprestasi tinggi. Sehingga kini Volkswagen GTI masih digilai ramai kerana kemampuan memecutnya. Baru beberapa hari yang lalu Volkswagen memperlihatkan konsep generasi ke-7 GTi iaitu Volkswagen Design Vision GTI. Design Vision GTi diperkasakan dengan enjin 503 kuasa kuda yang memberikan ia kemampuan memecut sehingga 300 kilometer sejam. Look owsome! 



Di bandar Altach, Vorarlberg, Austria sebuah perkuburan Islam dibina bagi kegunaan penganut beragama Islamnya. Tanah perkuburan merangkap tempat pengurusan jenazah muslim ini adalah rekaan jurubina Bernardo Bader. Tanah perkuburan seluasa 8400 meter persegi ini juga dilengkapi sebuah surau yang digunakan pelawat untuk beribadat dan melakukan solat jenazah kepada arwah, Look moderns!